Friday, May 15, 2015

Yakinlah: Rezeki itu jaminan Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!


Entry kali ini macam agak sedih kott. Tak tahulah sedih bagi korang yang membaca ke tak.

Well, eventually I've found what is the most difficult thing in my life?

The answer: To make a decision or to decide which one do you prefer.


It is hard!! 


Begini ceritanya,
Pada 12 May yang lalu, rutin harian aku selepas menjadi pelajar lepasan SPM ini ialah check inbox/spam emel setiap hari. Ya, setiap hari. Agak berbahaya kalau sehari tu tak check emel. Aha! 
Risau kalau ada benda penting. Kott ter-miss ke. Hamekaww!
Check punya check, ya Allah. Rezeki jatuh ke riba. Datangnya dari Dia. Alhamdulillah.


Tetapi perasaan ketika sebenarnya mula bercampur-baur. Antara gembira, sedih, kecewa, gelisah dan macam-macam lagilah. Allah datangkan khabar gembira berkenaan,



Tawaran Mengikuti Program Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi 2015.



This is Yayasan Tunas Potensi Scholarship's offer letter.



Berdasarkan cerita aku pada entry yang lepas, course yang aku pilih untuk mengikuti program ini ialah kursus Sains Kesihatan. Agak terpesong daripada kursus yang aku minat iaitu Perubatan. Bukan agak dah kott sangat terpesong kah! Jadinya, walaupun sebenarnya itu berita yang amat menggembirakan tapi hatiku berasa agak sedih :'(


Kenapa sedih?
Sebab utama bukan kursus yang aku nak. 
Sebab kedua kena campak kat IPTS. Semasa aku di-interview pun, interviewer tu tanya aku.


"So, you've made some research about the lifestyle in private university?"


Ya, aku ada lah buat sikit. Tak perlu buat pun takpe sebab kita sendiri dah tahu macam mana gaya hidup dorang. Kebiasaannya, golongan yang memasuki private university adalah golongan yang kaya. Kalau bahasa baku, bangsawan. Melainkan dorang masuk dengan tajaan daripada mana-mana penaja. Atau pinjaman peribadi atau pinjaman boleh ubah. Ikutlah.


Faham-fahamlah kebanyakan golongan yang kaya ni ehem ehem sikit. 
I tak kata semua tetapi kebanyakan.


So, sangatlah berat hati nak masuk. Ibu pun macam tak galakkan sangat. Ayah pun macam takde jawapan. 


So, I've been thinking about that offer sampaikan aku rasa macam.....


"Nak dahulukan minat ataupun keperluan?"

"Takkan aku nak gadaikan minat aku semata-mata nak kejar biasiswa tu."

"Aku tahu, bukan senang kott nak dapat. Pergi interview lepastu bertolak dari Nilai ke KL. Bangun awal gila. Naik ERL yang aku tak dapat duduk langsung. Tambah dengan sesat sikit.."


So, aku tak nak fikir dah. 

........................................



Tak lama kemudian, pada 14 May 2015, aku waktu tu kat dapur. Nak makan. Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan ni. Aku fikirkan kawan adik aku call ke guna whatsapp dia ke. Sekali tengok, nombor pejabat. Aku macam, ipts ni yang call. Haishh malasnya nak layan. Jawab jelah.

Perbualan bermula,


Pegawai: Assalamualaikum. Saya dari Bahagian Pendidikan Islam. Ni Siti Sarah Nabila binti Saharudin?

Aku: Ya, saya. Ada apa ya?

Pegawai: Tahniah. Anda ditawarkan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) dalam bidang Bahasa Arab ke Jordan. 

Aku: *erkkk* Ohh yeke.. Alhamdulillah. (kegembiraan yang teramat palsu)

Pegawai: Jadi nanti adik boleh buka emel yang akan dihantar pada jam 5 petang dan sila hantar keputusan sama ada adik terima atau tolak tawaran ini sebelum atau pada 17 Mei. Selewat-lewatnya pada jam 5 petang ya. Segala dokumen semua kita dah attach dalam emel tu sekali. Kalau adik ada apa-apa kemusykilan boleh terus hubungi nombor yang tertera ya...

Aku: Ohhh okayy. In shaa Allah. Nanti saya check.

Pegawai: Adik dah buka emel ke tadi?

Aku: Belum. Pagi tadi adalah. Tapi takde apa-apa lagi. Tak sangka pula. Terima kasih ya.

Pegawai: Sama-sama. Tahniah dari pihak saya. Assalamualaikum..

Aku: Waalaikumussalam..


*the end*
********


Tawaran Bersyarat Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM PPC ke Jordan



So, this is the offer letter.



Siapa boleh teka bagaimanakah perasaan Sarah ketika itu?


Mula-mula sekali aku rasa serba salah yang teramat sangat. Aku seolah-olah telah menutup peluang bagi mereka yang betul betul nak kursus tu. Aku seolah-olah merampas hak mereka. Itu yang aku rasa. Sehinggakan aku berasa sangat menyesal sebab mohon IPG ni. Tahu tak, ketika aku pergi temuduga IPG ni kat Bangi, bila aku tanya kawan-kawan lain semua jawapan dorang,



"Memang nak pergi IPG ni.. Kalau dapatlah.. Bukan sebagai back-up."


Allahu. Perit rasanya dengar ayat tu. Aku je ke yang apply IPG ni sebagai back-up? 
Kejam sangatkah aku ini ya Allah?


Weh, biasiswa kali ini lebih besar kott. Fly kott. Jordan kott. Lepastu, kontrak dengan kerajaan selama 8 tahun. 

Aku macam clueless sekejap. Jadi blur pun ada. Tiba-tiba.

Lepastu aku fikir sekali lagi.

"Takkan aku nak gadai minat aku semata-mata untuk biasiswa ni?"


I chose USIM for four reasons. Here are the reasons:


  1. Dekat dengan rumah. Boleh balik every weekend.
  2. Sangat amat sungguh minat bidang perubatan. Yup, the truth is I wanna be a doctor. To be more specific, an obstetrician and gynaecologist. Do pray for me yaa! XOXO Nak minta UIA tak layak weh, Physics aku B+. 
  3. Aku tak nak tinggalkan subjek Bahasa Arab. Orang kata Bahasa Arab kat USIM tak mati. Aku minat 2 benda, medic and arabic language. Tapi, minat aku untuk medic melebihi bahasa arab tu. Dan sayanglah belajar Bahasa Arab 5 tahun then kau tinggal macam tu je.
  4. Last, dengarnya, kalau sambung degree Medic kat USIM ada kena hafaz Al-Quran. Alhamdulillah, that's one of my dreams too. Hafizah-to-be. 



Banyak lagi benefits dia yang aku belum nampak maybe. Sebab kita belum masuk belajar lagi kan. Bila aku tanya makcik aku tentang scholarship Yayasan Tunas Potensi, makcik aku kata. 


"Based on your result, I prefer you to choose USIM lah. Sebab kalau accept Yayasan Tunas Potensi, Sara cuma ambil kursus Sains Kesihatan. But, u can go further.."


Bila aku bagi tahu my bestie about the KPM's scholarship,


"Aku tahu kau boleh buat Sarah. Kau pergi jelah USIM tu. Kau kan memang minat nak jadi doktor.. Biasiswa tu time degree boleh cari.."


Sememangnya, aku tak perlukan jawapan yang membantah aku menolak 2 tawaran biasiswa ni hahahahaha. Aku perlukan jawapan yang menyokong. Thanks guys!


Yup, biasiswa time degree boleh cari. Either aku kena score 3.75 and above untuk mohon biasiswa JPA. Then, boleh mohon Yayasan Negeri Sembilan juga. 


Lepastu, maa kata kat aku petang tadi,

"Kau anggap jelah yang sebenarnya tawaran biasiswa ke Jordan itu bukan untuk kau. Tetapi untuk orang lain yang Allah belum memakbulkan doanya. Rezeki yang kau dapat itu adalah untuk dia yang lebih minat untuk ke sana melanjutkan pelajaran. Untuk yang biasiswa Tunas Potensi tu pula ada banyak lagi orang yang tak berkemampuan daripada kita. Takpe, biar kita susah sekarang, merayu sana sini, tetapi yakinlah bahawa ada rezeki lain untuk kakak. Percayalah bahawa kalau dah rezeki kakak memang tak ke mana. Doa je supaya keputusan kau untuk ke USIM tu adalah keputusan yang tepat. Yakin bahawa Allah akan bantu juga hamba-hamba-Nya."


I am so relieved. Thanks maa! I love you more than words. XOXO


Ibu tambah lagi,


"Allah memang suruh hamba-Nya untuk berusaha dan kakak telahpun berusaha. Bayangkan, kalau kakak pilih satu je tapi tak dapat, mana yang lebih sakit? Kali ini, alhamdulillah, kakak minta semua, Allah bagi semua. Cumanya, kakak kena pilih satu je."


Ya, Allah menyuruh hamba-Nya supaya berusaha. 

Prinsip aku,

Buat sesuatu walaupun tak suka do it with passion.
No matter what. 

Walaupun kau yakin yang kau takkan pergi, it is okay.


So, my final answer is...

I reject the Yayasan Tunas Potensi Scholarship and Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan PPC to Jordan.


Nampak macam rugi, tapi aku yakin Allah sedang menetapkan yang lebih baik daripada itu.

Aku niatkan aku sedekahkan rezeki yang aku dapat ini kepada kawan-kawan aku yang sangat amat memerlukan berbanding aku.

Semoga urusanmu dipermudahkan oleh-Nya. 
Doakan untuk aku!


Tiada perancangan yang terbaik melainkan perancangan Allah.
Aku tak sedih kerana aku menolak tawaran ini.
Jangan salah faham.

Aku mohon doa semua orang supaya Allah mempermudahkan jalanku untuk menjadi seorang doktor di dadanya tersemat Al-Quran. 


Itu je aku mohon. 
Terima kasih kepada yang mendoakan.


Aku tekad:

  • untuk tidak lagi main-main time belajar. 
  • tangguh anything yang tak faham dalam kelas.
  • tak nak beli smartphone until I manage to get my degree.
  • tak nak ada cintan cintun kat hati.
  • 4.00 untuk sem 1.
  • rajin dalam semua perkara setiap hari in shaa Allah


Sekian sahaja untuk entry kali ini.
Semoga bermanfaat buat semua kehkehkeh.
In shaa Allah.


Lots of love,
Sarah.

1 comment: