Friday, January 26, 2018

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 1)


Jumaat lepas (19 Januari 2018), time ni kitorang tengah duk kalut uruskan baju pergi dobi HAHAHAHA

Nampak tak betapa lah susah untuk aku move on daripada shamsimXsabah ni? Why moving on is hard.... Move on untuk Sabah ni lagi susah daripada nak move on putus cinta (acewahhh, yekee). Sebab shamsimXsabah full with joy and cherish moments! Mana bisa dilupakannnnn!

Cerita asalnya, ingatkan trip ke Sabah ni sembang je. Kitorang bincang dari cuti semester 2, 1st year nak masuk 2nd year. Time tu lepas balik hiking Bukit Melati, Nilai. Ada sorang member aku ni haa, duk ajak ajak, "Jomm pergi Sabah."

Aku pun, "Jommmm"
Padahal dalam hati tahu duit takde nak travel HAHAHAHA...
So, aku ingatkan lama lah lagi nak ke Sabah tu and aku buat endah tak endah je.. Yelah, sebab member biasa sembang kencang je kan.


Till one day.... Few days before new semester started...


Ada yang check ticket flight, pastu harga murah bakhangg! Depa duk kecoh lah kat group, "cepatttt siapa nak pergi Sabah, confirmkan malam ni juga." Kalutlah book ticket sebab tinggal few seats left tau untuk harga murah! Dan akhirnya... Ticket telahpun dibooking. Waktu tu macam adakah ini realiti atau sekadar mimpi?


Bayangkan, cuti semester time dalam bulan 8, nak tunggu bulan Januari 2018?!?!?! Sumpah lah, penantian suatu penyeksaan. Dapat pula, of course before cuti semester tu ada final exam kan? Aku asyik daydreaming berangan keseronokan travel dengan depa :D


Ohh btw, SHAMSIM stands for budak SHAMS yang masuk USIM. We went to same school, SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban and happened to study at the same university too! Ada yang sama course, ada yang lain-lain. Since school, bonding antara batch kitorang memang kuat lah (walawehhh!), so bila dah masuk U pun, bertambah rapat lah, selalu jumpa. Padahal kampus aku jauh dengan dorang yang kat Nilai haa.. Aku tak pernah terfikir yang kitorang akan still in contact and siap boleh travel sesama lagi.

Orang kata, nak tahu perangai seseorang yang sebenar, pergi travel dengan dia. And yesssss, that's true! I agree like 300%!


So, penantian memang suatu penyeksaan... Aku menanti for almost 5 months gitu...


We went to Sabah for 5 days, 4 nights. From 16th January till 20th January. Tapi touchdown semenanjung 21st January pukul 2 pagi sebab last flight pukul 10.30 pm gitu. Lagi syok, Isnin 22nd January tu, aku dah start semester 4. Pehhh, dia punya penat, 4 hari bhaiii. Tapi aku tak serik dan tak kisah pun. Sedih sebab baru je balik bercuti dengan kesayangans dah kena balik KL masuk kelas. Tu jelah part sedih.


Total ticket price: RM2574.00 (return), RM286/person.
Termasuk add-on luggage 30kg untuk balik, insurance semua-semua lah.



Boarding at 12.30pm and the journey took 2hours and 30minutes.



Excited faces! (not faeces, oopps)







Sampai dalam pukul 3.30 pm lah gitu. Sebab aku first time naik flight (HAHAHAHA), maka tidaklah aku tahu yang aku ni air-sickness. Tapi nasib baik tak muntah (almost) cuma pening kepala tahap apa tah, tak sabar nak landing je time tu. Tidur pun semua tak kena. Brrrr....







Dah sampai je, semua kelaparan. Cari KFC luuu pastu solat jamak asar dan zohor.







Hari pertama:

Kami pergi ziarah kampung one of our members kat Likas. We took taxi from airport to Likas. Satu MPV, satu kereta biasa. Sebab ada 10 orang kan? Lebih kurang 30 minit perjalanan.



Serious discussion hmm


Total taxi (KKIA-Likas): RM96, RM9.60/person.

Lepas maghrib, kitorang bertolak ke Kampung Air, Kota Kinabalu. Bermalam di Monaco Hotel for 1 night. Kami diberitahu, kat kawasan Kampung Air ni kira black area juga lah, alah lebih kurang macam kat Bukit Bintang kalau kat KL gitu. Boleh nak keluar tapi jangan dah larut malam and kena beramai-ramai. Kalau boleh lebih dari 3 orang lah. Ni abang Uber yang bagi tahu time perjalanan dari Likas ke Monaco Hotel.


Total Uber (Likas-Kg. Air): RM4.50, RM1.10/person.


Aku terus list kan lah harga penginapan kitorang sebab kitorang terus bahagi siap-siap dengan duit deposit hotel semua.


Total hotel (ada 3 hotel): RM1317, RM131.70/person.


Ini pun termasuk duit deposit, RM300 untuk 2 hotel. Duit deposit tu, kalau kau tak buat hal time checkout hotel, dapatlah balik. Satu bilik, RM50. So, let say tolak lah duit deposit tu, sorang bayar RM101.70 je. Murah kan?

4 malam, 3 hotel berlainan. Memang hotel bajet je weh, tapi I SWEARRR TOO YOUUU, cantik dan berbaloi-baloi. Paling aku suka, hotel malam ketiga dan keempat. Besar! Beza dengan hotel mahal tu, dari segi besar, pastu appliances dalam hotel tu, kafe dan lobi yang mewah. Tapi pada aku, nak pergi travel kan? Siang kan pergi berjalan sana sini, hotel untuk tidur dan mandi, bersiap semua. So, okay lah.


Tapi memang ada orang yang sangat particular dengan tempat penginapan kalau pergi vacation. So, it depends. Kalau tanya aku, aku okay asalkan selesa. Tak mewah takpe, tapi pada aku nice je hotel dia. Unfortunately, aku tak ambil gambar sebenar bilik hotel tu :(


So, aku list kan jelah,


1st night: Monaco Hotel, Kampung Air, Kota Kinabalu.



Kat lobi, cantik!





Source: Google.com


So, besar ni lah bilik aku. Duduk 3 orang, sebab kitorang kecik kecik, so okay je. Asalkan ada iron! Tapi kat hotel ni, kalau nak iron, kena minta kat receptionist lah. Okay je ;)




2nd night: Huda Inn, Ranau.



Source: Google.com



Source: Google.com


Sebijik bilik yang aku bermalam kat Ranau. Duduk 3 orang juga. Besar lebih kurang dengan Monaco Hotel tadi. Tapi mana yang duduk bilik 4 orang, besar sikit lah. Yang budak lelaki, kesian sikit hahahaha tapi we survived!



3rd & 4th night: Hotel Sadong 88, Kota Kinabalu


Source: Google.com



Lebih kurang macam ni lah view dia. Tapi pada aku, katil kat Hotel Sadong 88 ni kecik sikit kot tapi luas bilik ni lagi besar daripada 2 hotel sebelum ni. Siap ada almari dan meja makeup lagi! So, yang ni yang aku suka. Harga pun tak mahal.



Okay, habis pasal hotel.


First night, kitorang pergi jalan jap kat Pasar Philippines. Kalau nak shopping, kat sini lah tempatnya! Soooooooooo rambang mata especially brooch tudung and the gelangss hihi. Snek dan makanan dan jangan lupa ikan bilis hihi. Tempat makan kat sini pun banyak, seafood banyak. Tapi aku tak pasti nak cakap murah ke tak sebab tak try makan seafood kat sini.


Sayanggg semuaaa!


Gigih berjalan dari pasar Philippines ke sini semata-mata nak photoshoot hihu.
Gigih lah, bukan selalu pergi Sabah!


Overall, best! Sedikit sebanyak dah dapat tengok budaya orang Sabah bah ni macam mana. Untuk harga setiap barang kat sini, tunggu next entry, okay?


Dah panjang ni, hehe.

To be continued...
Stay tuned!

No comments:

Post a Comment